Tuesday, April 16, 2013

Tips Mudah Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Usus


------------------------------------------------------
Jom LIKE & SHARE Anti Kanser Vitamin B-17
Anti Cancer Tips #36 ♥

------------------------------------------------------

Tips Mudah Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Usus






Kamu Adalah Apa Kamu Makan. Jom kita tinjau tips mudah utk mengurangkan risiko kanser usus:

1. Amalan pemakanan yang baik iaitu lean & vegetarian protein, juga sayuran dilebihkan, karbohidrat pada tahap sederhana, makanan bergula & berminyak dikurangkan.

2. Bermula sesi makan dengan 2,3 teguk air dan juga 1 hidangan buah sederhana. Selain membantu kita mudah kenyang, buahan juga membantu proses penghadaman yg lebih baik, kerana kandungan enzim semulajadinya dan khasiat buahan dapat diserap lebih baik pada keadaan perut yg tidak penuh.

3. Jadualkan pengambilan lauk berlemak tinggi, dan sumber daging seperti ayam, lembu & kambing. Perut kita mengambil masa untuk selesaikan penghadaman dari sumber daging, dibandingkan dengan sayuran & ikan.

4. Pengambilan serat adalah salah satu cara yang baik untuk membantu proses perkumuhan, dan menyihatkan kolon.

** antara cara mudah untuk kenalpasti kolon anda sihat atau sebaliknya, periksa kentut anda....! Jika kentut anda berbau sangat teruk, anda mempunyai tanda-tanda awal bahawa perut & kolon anda tidak sihat.

Selamat Mencuba !  ^_^

===================================================================
Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.





Wednesday, December 19, 2012

Petua Cirit-Birit..Air Rebusan Beras Goreng Ajaib?

Petua Cirit-Birit

Sebenarnya petua ini bukan sekadar untuk maslah cirit-birit semata. Pada zaman dahulu, sebelum tanah kita ni meluas ada nya klinik dan farmasi ubat dadah pelbagai, tok moyang kita gunakan bahan makanan sahaja sebagai perubatan. Mereka mempunyai cara olahan tertentu dan ianya mujarab!

Tak percaya? Buktinya, nenek moyang kita dulu mana ada yang gemok obesiti sampai jantung bermaslaah, kolestrol tinggi melangit, atau kita sendiri tak pernah pula dengar tentang masalah kanser paru-paru padahal bukan tok laki je merokok, semua tok laki dan tok perempuan pun merokok...dari zaman muda lagi..tapi takde kanser pun?

Kini, apabila manusia makin moden, segala penyakit akan sejajar dan sewaktu dengan nya. Penyakit juga akan turut develop..haha moden.

Ni antara petua kuno yang orang kita jarang buat dah.




Air Rebusan Beras Goreng !!!

Bila baca ni, orang mesti tak percaya kan... apa sangkut paut ubat cirit birit dengan air rebus beras..... uuissh, ni air rebus bukan sembarangan rebus. Ini air rebusan beras yang digoreng..dan istimewanya.....tak tau nak kata. Tapi setakat ni, memang menjadi....

Apa kebaikan " Air Rebusan Beras Goreng " ?

Khasiat nya baik untuk :
- cirit birit
- demam campak
- demam panas
- sakit gigi
- panau
- sengal badan
- sakit perut
- baby yang meragam

Caranya :
- Ambil 1-3 genggam beras (untuk minum) atau 5-6 genggam ( untuk rebuan mandi)
- Digoreng hingga kekuningan atau keperangan dalam kuali tanpa minyak (tak perlu sampai hitam macam kat Langkawi tu..) Sangat baik baca Selawat Shifa sambil menggoreng tu..
- Bila dah beransur sejuk, diangkat dan direndam dalam air untuk diminum/mandi. Mulakan dengan Bismillah, in-sya-Allah yang demam panas akan berkurang, perit ang memulas dan cirit-cirit akan reda

Selamat mencuba  ^_^


===================================================================
Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.


Friday, October 26, 2012

Sumber Makanan Yang Membahayakan Kesihatan



Bahaya Makanan


Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:

a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol

Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)



 
Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.

Jenis makanan: Ayam Goreng



 
Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Jenis makanan: Susu Kocak



 
Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.

Jenis makanan: Kentang Goreng



 
Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.

Jenis makanan: Minuman Cola



 


Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Friday, September 28, 2012

5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan!



Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.
1- Air masak


 

Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.
2- Jus sayur-sayuran



Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3-Teh yang tidak terlalu manis






 

Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.
4-Kopi




 

Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.
5-Susu rendah lemak






 

Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.
Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.

Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Monday, September 17, 2012

Menu Sihat - Khasiat Buah Nanas



Khasiat Buah Nanas





Nanas atau nama saintifiknya Ananas Comosus, ia adalah sejenis tumbuhan tropikal. Ianya adalah tumbuhan asli yang berasal daripada Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad ( Famili Bromeliaceae). Tumbuhan ini juga boleh dikatakan rendah  herba ( herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Buahnya ini dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Bagi orang yang berasal dari Tupi pula, buah ini dipanggil anana, yang bermaksud “buah yang baik”
Buah nanas ini mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan juga Bromelain. Ianya juga mengandungi asid sitrik ynag berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.


 Buah nanas ini boleh dimakan mentah atau pn dibuat jus minuman untuk memcuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hari dan juga demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Tapi bagaimanapun buah nanas ini tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Buah nanas ini juga dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Bua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan kanser. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A,B, dan  C yang tinggi.
Pokok dan juga buah nanas ini boleh dijadikan sumber komersial asid organic seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperolehi daripada daun nanas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Manakala jus nanas ini pula bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalh kekeringan di bahagia bibir dan di bahagian muka. Jika amalkan minum jus nanas, ianya berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Sellain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Antara Manfaat nanas adalah :

   1.    Membantu  menurunkan  berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

   2.    Menyihatkan mata.
Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

   3.    Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit.
Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

   4.    Memelihara masalah buang air besar.
Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

   5.    Mengandungi enzim.
Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Wednesday, June 27, 2012

Makan Yogurt Mampu Atasi Tekanan (Stres) dan Khasiat Lain Yogurt





BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.
EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.-Sumber KOSMO-
Pada kebiasaan yang kita dengar, makan coklat juga mampu untuk mengatasi masalah stres. Namun mungkin boleh menjadikan anda lebih cepat gemuk jika makan secara berlebihan.
Mungkin lepas ini boleh cuba untuk beralih kepada Yogurt.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Bagus Untuk Wanita Lepas Bersalin Kerana Ia Makanan Berserat Tinggi
3. Membantu Dalam Proses Pencernaan
4. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
5. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
6. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
7. Mampu Mengurangkan Berat Badan
Fakta : Kandungan kolestrol yang tinggi tidak semestinya hanya kepada individu yang mengalami masalah lebihan berat badan (Obesiti) tetapi orang kurus juga boleh mengalami masalah yang sama.







Tuesday, June 19, 2012

Rahsia Khasiat Buahan & Sayuran Di Sebalik Warna


Rahsia Khasiat Buahan & Sayuran Di Sebalik Warna?

Tajuk kali ini bunyi nya sedikit pelik tapi sangat menarik. Setiap sesuatu kejadian di muka bumi ini telah ditetapkan dengan kebaikan dan khasiatnya untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Rakyat Malaysia kaya dengan pelbagai makanan. Sumber dari tempatan, juga banyak yang diimpot dari luar negara. Amalan memakan sayuran dan buahan pelbagai warna rupanya mempunyai kebaikan. Di luar negara, diet pemakanan ini dipanggil sebagai "Rainbow Diet" . Selain untuk kesihatan umum, sayuran & buahan pelbagai warna ini juga membantu mencegah  penyakit merbahaya seperti kanser, penyakit jantung yang kronik, juga untuk melangsingkan badan.

Setiap warna mempunyai komponen khasiat unik yang tersendiri. Mari kita baca lanjut untuk membongkar rahsia warna dan khasiat di sebalik setiap warna yang indah itu ....

- Warna merah kaya dengan beta karotena, lycopene dan hesperidin yang membantu megurangkan risiko kanser prostat, membantutkan pertumbuhan tumor, baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan, dan baik membantu kes arthritis.



- Warna ungu dan kebiruan kaya dengan Vit C, lutein, flavonoids dan ellagic acid. Sumber nutrien ini membantu kesihatan mata, meningkatkan tahap imuniti tubuh, membantu menyerap khasiat mineral ke dalam tubuh seperti kalsium, dan juga aktif dalam proses membantutkan pertumbuhan tumor juga sel kanser.



- Warna kuning dan oren tinggi khasiat beta-karotena, zeaxanthin, flavonoids, lycopene, potasium dan Vit C. Selain dari rasanya yang unik, nutrien dari sumber warna ini membantu kita untuk awet muda, mengawal tahap kolestrol dan paras gula dalam badan, bantu formasi kolagen dan ligamen sendi secara semulajadi . Sumber buahan dan sayuran dari warna ini membantu bina tulang dan sendi yang kuat dengan kehadiran mineral seperti magnesium dan kalsium.

- Warna Hijau sudah tentu mengandungi kadar klorofil yang tinggi, berfiber, ada sumber lutein, kalsium, folate, Vit C dan khasiat beta-karotena yang kurang kompleks. Khasiat dari nutrien sumber warna hijau kebanyakannya ditemui dalam sayuran hijau dan terbukti merupakan sumber terbaik bagi kesihatan am, seperti mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kanser, menyeimbangkan tekanan darah dan kolestrol badan, membantu sistem penghadaman yang lebih sempurna, bantu kesihatan mata, melawan radikal bebas yang hadir dalam badan dan meningkatkan aktiviti imunisasi semulajadi tubuh badan.

Tiada sesuatu yang lebih elok apabila diamalkan keterlaluan. Bersikap wasatiah, atau bersederhana walaupun dalam amalan pemakanan sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat meluas. Janganlah hanya makan satu jenis sayur sahaja. Pilihlah setiap jenis sayuran dan buah-buahan dengan pelbagai variasi, banyak khasiat selain membangkitkan selera mata.


======================================================================





Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.