Thursday, March 15, 2012

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera!





Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.
Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.
Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera


 
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/04/10-ramuan-bahaya-dalam-mee-segera/

7 Khasiat Kurma yang Mungkin Anda Tidak Tahu







Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan














Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25




Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/08/7-khasiat-kurma-yang-mungkin-anda-tidak-tahu/

7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!!




 

Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.
Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?
(1) Minum terlalu banyak minuman manis







Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.
(2) Makan makanan bertin



Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi



Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan  selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran





Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.
(5) Tidak minum teh kurang gula



Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak



Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah  air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan



Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka  mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.
Di harap setelah mengetahui punca kenapa anda makan banyak boleh lah anda cuba untuk mengelak perkara perkara ynag boleh merosakkan diet anda dan juga menambah berat badan anda.

Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

10 Sumber Makanan Yang Penting Untuk Lelaki



Pada hari ini kita boleh tengok pelbagai produk kesihatan seks untuk lelaki berada dipasaran. Namun, adakah kesemua dari produk kesihatan itu mendapat pengesahan dari doktor yang bertauliah? Mungkin juga akan ada kesan sampingan yang tidak kita ketahui pada masa hadapan.
Naluri seks atau Libido semestinya amat penting kepada golongan lelaki begitu juga kepada wanita. Kunci untuk lelaki yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar. Jadi, untuk mendapatkan peredaran darah yang lancar lelaki perlulah mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan. Paling disyorkan adalah ikan Salmon dan ikan Tuna.
Dalam pemakanan harian juga perlu ada multivitamin dan mineral dimana kedua-dua ini baik untuk fungsi saraf kemudiannya membantu untuk peredaran darah yang lancar.
10 Makanan  Untuk Menjadi Lelaki “Gagah Perkasa”
1. Ikan
Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.
2. Biji Bunga Matahari
Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.
Kuaci adalah biji bunga matahari tetapi tidak berani nak katakan ianya bagus kerana dalam kuaci mungkin ada bahan pengawet.
3. Kekacang
Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga (B3) ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.
4. Buah Oren
Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.
5. Daun Saderi
Kalau anda ke wikipedia boleh baca banyak sebenarnya khasiat daun saderi ini tetapi dalam topik untuk “Lelaki Gagah Perkasa” ini daun saderi baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.
Jadi, tidak hairan la kenapa ramai isteri yang suka tido celah ketiak suami. Orang lain kata busuk, isteri kata sedap….
6. Biji Labu
Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. Biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan,keinginan dan kesuburan.
7. Jeruk Kubis
Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah makan jeruk kubis, jeruk bawang putih biasa la. Apa pun dikatakan kajian menunjuk 90% lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas makan jeruk kubis. Jeruk kubis ini akan meningkatkan libido (naluri seks) ke tahap yang lebih tinggi.
Jadi para isteri jangan bagi makan pada suami sesuka hati jeruk kubis ini.
8. Pisang
Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B (riboflavin dan potasium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.
9. Avokado
Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki.
Juga baik untuk wanita kerana mampu meningkatkan libido wanita.
10. Asparagus
Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2010/12/10-sumber-makanan-yang-penting-untuk-lelaki/

Kenapa Ais MENGGEMUKKAN?



 

Ais memang membantu untuk hilangkan dahaga even time kita tak dahaga pon kita still suka minum ais sebab menyamankan tekak dan bila sebut pasal diet, orang mesti cakap ‘jangan minum air berais, kalau nak cepat kurus!‘ dan ini bukan mitos. BETUL, bila kita minum ais, tambah tambah lepas makan memang tak membantu untuk kita turun kan berat badan kita.
Kenapa Air Berais Menggemukkan?

Ini adalah sistem pencernaan manusia normal, sequence dalam proses mencernakan makanan adalah:
Bila kita makan, makanan akan lalu kat esofagus sebelum sampai ke organ pencernaan yang lain dan akan berehat sebentar di esofagus. Lepas makan, kita pulak minum minuman berais & lemak yang ada dalam makanan tadi akan beku & memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
So, selain menggemukkan or susah nak kurus, ais jugak salah satu sebab lain ramai manusia zaman sekarang mati mengejut akibat serangan sakit jantung. Sebab itulah kita dinasihatkan agar minum 10 minit selepas makan,jangan makan nasi berulam air. Kalau kita minum air suam lepas makan, maka ia akan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam organ pencernaan kita.
Kita jugak boleh cuba amalkan seperti budaya orang Jepun yang meminum teh hijau suam selepas makan untuk neutralize balik toksin dalam badan. Sangat bagus!

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/02/kenapa-ais-menggemukkan/

5 Makanan Yang Memberi Efek Cepat Kenyang!




Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?
(1) Telur
Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.
(2) Sup sayur-sayuran
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
(3) Gandum
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.
(4) Epal
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.
(5) Kekacang
Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.


Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/10/5-makanan-yang-memberi-efek-cepat-kenyang/

Wednesday, March 14, 2012

Tentang Kanser Kolon


 

KANSER kolon (usus besar) adalah salah satu daripada penyakit penghadaman yang boleh mengancam nyawa.Lebih membimbangkan, kanser kolon adalah antara  kanser yang paling kerap dihidapi di seluruh dunia.
Di Malaysia, laporan Pendaftaran  kanser Negara 2003-2005 mendedahkan bahawa  kanser kolon adalah  kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki dan yang ketiga di kalangan wanita.
kanser kolon juga  kanser  yang paling kerap dihidapi oleh wanita berusia melebihi 70 tahun.
Permulaan kanser
kanser kolon biasanya bermula sebagai polip, iaitu bonjol kecil pada permukaan dalam kolon. Kebanyakan polip adalah benign atau tidak berbahaya.
Tetapi, jika ia dibiarkan, ia akan membesar dan boleh menjadi malignan (barah). Proses pertukaran dari benign ke malignan juga selalunya mengambil masa yang lama.
Pada peringkat awal,  kanser kolon mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda. Tetapi apabila sudah berlanjutan, pesakit mungkin mengalami perubahan seperti cirit-birit atau sembelit berdarah, kelesuan, sakit perut yang teruk, muntah, kehilangan berat badan dan juga anemia (kurang darah merah).
Pada tahap lanjut, sel-sel  kanser mungkin sudah merebak dari usus besar ke organ lain menerusi proses yang dinamakan metastasis.
Ia biasanya menyerang hati, menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti jaundis atau penyakit kuning. Apabila keadaan ini berlaku, ia menunjukkan tahap  kanser  yang sudah teruk.
Hakikatnya,  kanser kolon boleh dicegah dan boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
Justeru, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian secara berkala dengan doktor pakar bagi mengesan  kanser kolon di peringkat awal.
Satu-satunya cara untuk mengesan  kanser kolon di peringkat awal ialah dengan menjalani pemeriksaan secepat mungkin. Ini sangat penting, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
Kenali faktor risiko
Kebanyakan kes  kanser kolon berlaku secara rambang. Ini bermakna ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Punca sebenar  kanser kolon juga masih tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan  kanser ini.
Faktor yang pasti ialah sejarah penyakit ini dalam keluarga. Risiko anda lebih tinggi jika ada antara anggota keluarga anda menghidap  kanser kolon.
Malah, 10 hingga 20 peratus daripada pesakit  kanser  kolon mempunyai sejarah penyakit dalam keluarga.
Jika ibu, bapa atau adik-beradik anda menghidap  kanser kolon pada usia 30 tahun, anda mungkin perlu mula menjalani pemeriksaan lima tahun sebelum anda mencapai usia itu, atau mungkin lebih awal lagi.
Keadaan tertentu yang menyebabkan keradangan usus (seperti ulcerative colitis) juga boleh meningkatkan risiko  kanser kolon. Faktor risiko lain yang dikaitkan dengan  kanser kolon termasuk:
*Diet
Lebih ramai rakyat Malaysia makan terlalu banyak daging merah (lembu atau kambing) dan kurang makan serat (buah dan sayur). Penekanan hendaklah diberikan kepada bijirin, buah-buahan dan sayuran, dan kurangkan pengambilan daging merah.
*Usia
Risiko meningkat selepas usia 50 tahun. Bagaimanapun, perangkaan menunjukkan bahawa risiko penyakit ini boleh bermula seawal umur 20-an hingga 30-an. Peningkatan kes lebih ketara selepas usia 50 tahun.
*Sejarah peribadi
Wanita dengan sejarah  kanser ovari, uterus dan payu dara berisiko lebih tinggi.
*Jantina
Wanita lebih berisiko daripada lelaki. Tetapi di Malaysia, risiko  kanser kolon di kalangan lelaki lebih tinggi sedikit berbanding wanita (nisbah 11:10).
*Gaya hidup
Pengambilan alkohol secara berlebihan, merokok serta kurang atau langsung tidak melakukan aktiviti fizikal meletakkan anda dalam risiko. Begitu juga berat badan berlebihan.
Pilihan rawatan
Rawatan bergantung pada bila  kanser kolon dikesan. Lebih awal ianya dikesan, maka lebih baik prognosisnya.
Pada peringkat awal doktor boleh merawat dan menyembuhkan penyakit ini dengan lebih berkesan.
Terdapat juga banyak kaedah rawatan di peringkat lanjutan, termasuk kemoterapi dan pembedahan. Rawatan di peringkat ini bagaimanapun lebih agresif dan biasanya tidak begitu berkesan untuk menyembuhkan penyakit tersebut.
Kurangkan risiko anda
Meskipun belum ada garis panduan pemeriksaan untuk  kanser kolon di Malaysia, banyak pihak, termasuk Kementerian Kesihatan, menyedari bahawa pengesanan awal penting dan garis panduan mengenainya sedang dirangka.
Cara utama untuk mengurangkan risiko pada diri ialah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Anda mungkin tidak dapat menukar sejarah keluarga atau usia anda, tetapi anda boleh bersenam, menjaga berat badan dan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi serat.
Jadi, segera mulakan gaya hidup sihat hari ini dan jangan lupa bahawa pemeriksaan awal paling penting dalam usaha untuk mengesan dan melawan  kanser kolon!


Sumber petikan daripada : http://sktpjs.zoom-a.com/file1185591481.html

Monday, March 12, 2012

Jejas fungsi usus






ANDA menghidap sakit abdomen berulang dengan sembelit atau cirit-birit berterusan untuk tempoh beberapa tahun lamanya?



Jika jawapan ya, itu bermakna anda berhadapan dengan sindrom usus rengsa (Irritable Bowel Syndrome) yang sering diringkaskan sebagai IBS.


Walaupun sindrom itu bukan bersifat kritikal namun IBS sememangnya mengganggu aktiviti harian sehingga ada yang terpaksa mengambil cuti sakit kerana sakit perut atau cirit-birit berterusan.


Simptom-simptom biasa IBS adalah sakit di bahagian abdomen yang kebiasaannya dilegakan selepas buang angin atau buang air besar. Simptom lain najis bercampur mukus, cirit-birit yang biasanya pada waktu pagi dan sembelit.

''Pesakit juga akan mengalami sakit perut yang memulas-mulas," kata Pakar Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari.

IBS menurut beliau adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti sekatan, tersumbat, ketumbuhan atau tumor.

Kembung perut

Seseorang yang kerap mengalami masalah kembung perut juga sering dikaitkan IBS malah katanya, sindrom tersebut melibatkan beberapa gejala gastro usus atau organ pencernaan yang penting.

''Ia tidak sama dengan kanser kolon dan orang ramai perlu faham IBS tidak menyebabkan penyakit tersebut,'' katanya.

Dr. Abdul Malik menjelaskan, rengsa perut, sembelit atau cirit-birit yang dialami pesakit mungkin berpanjangan untuk beberapa hari, minggu atau berbulan-bulan. Setiap simptom, katanya, berbeza untuk setiap individu.

Walaupun gejala utama mungkin lebih ketara berbanding gejala lain namun simptom paling biasa adalah cirit-birit dan sembelit.

''Spektrum kesakitan pula mungkin berbeza daripada kesakitan ringan sehingga kepada sangat teruk. Kehadiran gejala itu kebiasaannya pada waktu malam ketika hendak tidur,'' katanya.

Berpunca daripada stres?

Ditanya sama ada IBS turut berpunca akibat stres, Dr. Abdul Malik memberitahu, setiap orang akan mengalami stres dalam kehidupan. Tidak dinafikan stres yang keterlaluan akan menimbulkan rasa bimbang berterusan dan tidak mustahil menjadi punca sesuatu penyakit.

"Seperti penyakit-penyakit lain, anda yang mengalami gejala gastro usus memerlukan perhatian kerana keadaan yang dialami mungkin IBS

''Belajarlah untuk bertenang. Anda tidak dapat mengelak daripada stres tetapi anda boleh membantu tubuh anda menyesuaikan diri untuk menerima keadaan tersebut,'' katanya.

Sehubungan itu, tegas Dr. Abdul Malik, stres hanya salah satu faktor yang mendorong IBS tetapi bukan semua kes berpunca daripada stres.

Secara spesifik, belum ada kajian yang menunjukkan faktor utama penyebab IBS.

Anda dinasihatkan menemui pakar gastroenterologi untuk menjalani beberapa ujian lanjut bagi melihat kemungkinan masalah kesihatan lain sebelum didiagnosis IBS.

Rawatan baru

Penyelidikan profesor mikrobiologi dari Michigan State University, Dr. Linda Mansfield tentang rawatan baru pastinya khabar gembira buat mereka yang menderita IBS.

Tetapi sanggupkah anda menelan telur cacing?

Mingguan Malaysia pernah menyiarkan hasil penyelidikan tersebut yang bertajuk

"Telur cacing ubati IBS"

Mansfield memberitahu Lansing State Journal, penyakit tersebut sememangnya meletihkan seseorang.

Beliau mengkaji penggunaan parasit usus seperti benang yang dipanggil cacing cambuk untuk merawat IBS yang boleh menyebabkan pendarahan usus.

"Ada pesakit yang mengalami 256 kali cirit- birit setahun. Sesetengah daripada mereka tidak dapat keluar bekerja," tambahnya.

IBS semakin kerap berlaku di negara-negara perindustrian dan jumlah pengidap di negara membangun juga bertambah.

Saintis mempunyai beberapa penjelasan termasuk diet yang tinggi lemak, makanan diproses dan tahap kebersihan yang tinggi sebagai punca IBS.

"Sistem imun sebenarnya memerlukan jangkitan dalam keadaan tertentu untuk berkembang dengan sempurna. Oleh itu, terdedah kepada debu, kekotoran, bakteria mahu pun cacing ada kebaikannya

Sumber petikan daripada : http://infokesihatan4u.blogspot.com/search/label/Jejas%20fungsi%20usus

Wednesday, March 7, 2012

Brokoli Kurangkan Kanser





Hasil kaji selidik telah membuktikan bahawa makanan seperti brokoli, kubis merah dan sayuran berwarna kuning atau hijau boleh menurunkan risiko penyakit kanser usus atau  kanser . Kajian menunjukkan bahawa bahan pemakanan seperti serat dan vitamin C, memainkan peranan penting sebagai penghalang karsinogen (agen  kanser ).
Kandungan Sulforaphan yang banyak terdapat dalam brokoli mempunyai khasiat besar untuk meningkatkan enzim khas pada sel-sel tubuh disambping meneutralkan hormon perangsang timbulnya  kanser.
Dr Paul Talalay menerangkan bahawa kajian menyeluruh diperlukan untuk memastikan suatu zat terdapat dalam sulforphan. Tetapi yang pasti, kajian ini membawa suatu manfaat yang baru terhadap cara menghindar atau mengatasi punca  kanser .
Pakar pemakanan menyarankan kepada semua orang agar menyertakan brokoli atau sayuran dalam menu makanan mereka. Penemuan baru itu juga merupakan suatu usaha pencegahan penyakit. Anda digalakkan mengambil pemakanan alam semula jadi daripada makanan segera

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/brokoli-kurangkan-barah/

Monday, March 5, 2012

Bahaya Minum Teh Panas dan Teh Ais Untuk Kesihatan!



Teh Panas VS Teh Ais

Teh panas atau teh ais yang jadi pilihan? Mungkin ramai yang tak tahu minuman ruji rakyat Malaysia ini sebenarnya masing masing mempunyai keburukan masing bergantung kepada cara pengambilan dan jumlah pengambilan.
Bahaya Teh Panas


Teh Panas
 
Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca  kanser kerongkong.
Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap   kanser kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara. Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap   kanser kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan kanser  menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan  kanser , namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.
Bahaya Minum Teh Ais



Teh Ais

Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.
Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang.
Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi.
Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang.
Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing .
Bukan tak boleh minum langsung, tapi pandai pandailah menghadkan dan mengawal cara kita mengambil minuman tersebut.
Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/05/bahaya-minum-teh-panas-dan-teh-ais-untuk-kesihatan/