Tuesday, June 19, 2012

Rahsia Khasiat Buahan & Sayuran Di Sebalik Warna


Rahsia Khasiat Buahan & Sayuran Di Sebalik Warna?

Tajuk kali ini bunyi nya sedikit pelik tapi sangat menarik. Setiap sesuatu kejadian di muka bumi ini telah ditetapkan dengan kebaikan dan khasiatnya untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Rakyat Malaysia kaya dengan pelbagai makanan. Sumber dari tempatan, juga banyak yang diimpot dari luar negara. Amalan memakan sayuran dan buahan pelbagai warna rupanya mempunyai kebaikan. Di luar negara, diet pemakanan ini dipanggil sebagai "Rainbow Diet" . Selain untuk kesihatan umum, sayuran & buahan pelbagai warna ini juga membantu mencegah  penyakit merbahaya seperti kanser, penyakit jantung yang kronik, juga untuk melangsingkan badan.

Setiap warna mempunyai komponen khasiat unik yang tersendiri. Mari kita baca lanjut untuk membongkar rahsia warna dan khasiat di sebalik setiap warna yang indah itu ....

- Warna merah kaya dengan beta karotena, lycopene dan hesperidin yang membantu megurangkan risiko kanser prostat, membantutkan pertumbuhan tumor, baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan, dan baik membantu kes arthritis.



- Warna ungu dan kebiruan kaya dengan Vit C, lutein, flavonoids dan ellagic acid. Sumber nutrien ini membantu kesihatan mata, meningkatkan tahap imuniti tubuh, membantu menyerap khasiat mineral ke dalam tubuh seperti kalsium, dan juga aktif dalam proses membantutkan pertumbuhan tumor juga sel kanser.



- Warna kuning dan oren tinggi khasiat beta-karotena, zeaxanthin, flavonoids, lycopene, potasium dan Vit C. Selain dari rasanya yang unik, nutrien dari sumber warna ini membantu kita untuk awet muda, mengawal tahap kolestrol dan paras gula dalam badan, bantu formasi kolagen dan ligamen sendi secara semulajadi . Sumber buahan dan sayuran dari warna ini membantu bina tulang dan sendi yang kuat dengan kehadiran mineral seperti magnesium dan kalsium.

- Warna Hijau sudah tentu mengandungi kadar klorofil yang tinggi, berfiber, ada sumber lutein, kalsium, folate, Vit C dan khasiat beta-karotena yang kurang kompleks. Khasiat dari nutrien sumber warna hijau kebanyakannya ditemui dalam sayuran hijau dan terbukti merupakan sumber terbaik bagi kesihatan am, seperti mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kanser, menyeimbangkan tekanan darah dan kolestrol badan, membantu sistem penghadaman yang lebih sempurna, bantu kesihatan mata, melawan radikal bebas yang hadir dalam badan dan meningkatkan aktiviti imunisasi semulajadi tubuh badan.

Tiada sesuatu yang lebih elok apabila diamalkan keterlaluan. Bersikap wasatiah, atau bersederhana walaupun dalam amalan pemakanan sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat meluas. Janganlah hanya makan satu jenis sayur sahaja. Pilihlah setiap jenis sayuran dan buah-buahan dengan pelbagai variasi, banyak khasiat selain membangkitkan selera mata.


======================================================================





Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.













No comments:

Post a Comment