Polip kolon dan kanser kolon
Doktor percaya bahawa kanser kolon yang paling berkembang dalam polip kolon. Oleh itu, mengeluarkan polip kolon
yang benign boleh mencegah kanser kolorektal. Polip
kolon membangunkan apabila kerosakan kromosom berlaku dalam sel-sel lapisan
kolon.Kromosom mengandungi maklumat genetik yang diwarisi dari ibu bapa
masing-masing.
Biasanya, kromosom sihat mengawal pertumbuhan sel-sel dengan cara
yang teratur.Apabila kromosom rosak, pertumbuhan sel menjadi tidak terkawal,
menyebabkan ramai tisu tambahan (polip). Polip
kolon pada mulanya benign. Selama
bertahun-tahun, polip kolon benign boleh memperoleh kerosakan kromosom tambahan
untuk menjadi
kanser .
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 26, 2012
Ketahui Fakta Sebenar dan Hakikat Minuman Ringan seperti Coca-Cola dan Pepsi
Asid
Minuman ringan sering dicampurkan dengan beberapa asid seperti
asid sitrik, fosforik dan sesekali, asid malik atau tartarik untuk menambah
‘sengatannya’. Asid ini juga bertindak sebagai bahan pengawet yang memelihara
kualiti sesuatu minuman.
Selain itu ia juga mengimbangi kemanisan minuman, dengan
menjadikannya sungguh menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Semua jenis minuman
ringan terutamanya kola sangat berasid. Kajian menunjukkan untuk meneutralkan
segelas kola, anda memerlukan 32 gelas air beralkali tinggi.
Di Britain tinjauan pada tahun 1993 mengenai Kesihatan Pergigian
Kanak-kanak mendapati 20% kanak-kanak yang banyak minum minuman ringan
mengalami kakisan pada bahagian dentin mereka.
Kerosakan bermula dalam tempoh 45 minit sesudah meminumnya dan
berterusan selama sejam. Menurut Persatuan Pergigian Britain, menggosok gigi
selepas meminum minuman bergula dan berasid boleh menambah kerosakan gigi.
Kajian dijalankan pada Perang Dunia ke 2 menunjukkan apabila
gigi manusia dicabut direndam dalam minuman berkola, dalam masa dua hari gigi
itu menjadi amat lembut dan permukaan enamelnya kehilangan sebahagian besar
kalsium. Dalam ujian lain, gigi geraham tikus yang diberi makan secukupnya
tetapi hanya meminum minuman kola didapati terbenam sehingga lapisan gusi
selepas enam minggu.
Kajian British juga mendapati minuman ringan lebih berasid dan
lebih bersifat mengkakis berbanding jus buah-buahan. Untuk mengetahui kadar
keasidan minuman ringan yang dijual di sini, beberapa jenama telah diuji.
(Perhatian: lebih rendah nilai pHnya, lebih berasidlah sesuatu minuman itu.
Mana-mana minuman yang berada di bawah pH5.5 berpotensi menyebabkan kakisan
pada gigi).
Penyakit sememangnya sukakan asid! Fosforus
dalam asid fosforik misalnya boleh mengganggu imbangan kalsium-fosfat dalam
tubuh dan melarut keluar kalsium daripada tulang. Ini akhirnya akan menyebabkan
osteoporosis.
Fosforus juga melawan asid hidroklorik dalam perut dan
menjadikannya tidak berkesan hingga mengganggu proses penghadaman dan
menyebabkan kembung perut.
Pada hakikatnya, sesetengah penyelidik percaya buih dan gas
dalam minuman ringan akibat asid fosforik berpotensi membakar bahagian dalam
tubuh. Ternyata ia begitu tidak sesuai untuk tubuh manusia.
Karbon dioksida
Karbon dioksida merupakan bahan buangan yang dihembus keluar
oleh manusia tetapi kita menelannya apabila meminum minuman ringan.
Karbon dioksida yang memberikan keadaan berbuih merupakan antara
ramuan penting dalam minuman ringan. Ia juga mempengaruhi rasa sesuatu produk.
Ia menjadikan minuman ringan lebih menyegarkan dengan merangsang selaput lendir
di dalam mulut. Ia menghasilkan buih-buih yang merangsang lelangit dan
meningkatkan deria rasa. Hasilnya air liur itu terasa lebih sejuk daripada
keadaan sebenarnya.
Kehadiran karbon dioksida juga penting kepada industri kerana ia
mencegah pertumbuhan mikro-organisma dan menjadikan minuman itu tahan lebih
lama.
Air Suling
Air sememangnya ramuan utama dalam penghasilan minuman ringan.
Minuman ringan biasa mengandungi 90% air semantara minuman diet mengandungi
sehingga 99% air. Pengeluar menggunakan kaedah penapisan dan peralatan lain
yang canggih untuk menyingkirkan sebarang bahan asing yang tidak larut bagi
memastikan ia tidak mengandungi bahan yang tidak diingini.
Oleh itu tidak seperti air minuman yang mengandungi sisa
beberapa unsur yang mempengaruhi rasanya, air yang digunakan dalam minuman
ringan merupakan air yang tulen.
Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika, “Air suling,
yang pada dasarnya bebas daripada campuran bahan galian, adalah sangat agresif
iaitu ia cenderung melarut bahan-bahan yang bercampur dengannya.”
Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan golongan yang banyak
meminum minuman ringan ( sama ada bergula atau tidak) menyingkirkan sejumlah
besar kalisum, magnesium dan sisa bahan galian lain ke dalam air kencing.
Lebih banyak kehilangan bahan galian,
lebih tinggilah risiko seseorang itu menghidap osteoporosis, hipotiroid,
penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
dan pelbagai jenis penyakit lain yang pada amnya dikaitkan dengan penuaan awal.
Pelbagai kajian juga mengesahkan kebaikan meminum air suling
apabila seseorang itu ingin menyingkirkan sisa racun atau membersihkan sistem
tubuh dalam tempoh yang singkat. Tetapi diet yang buruk dengan mengambil banyak
makanan remeh dan minuman ringan boleh menjadikan tubuh lebih berasid.
Mengikut teori, pengumpulan produk sisa asid dalam tubuh boleh
menyebabkan penuaan dan penyakit. Kajian menunjukkan semakin lama seseorang itu
meminum air suling, lebih tinggi juga kencederungan mengalami kekurangan bahan
galian dan berada dalam keadaan perut berasid.
Oleh itu, remaja yang meminum minuman ringan dari pagi hingga
malam ke malam hanya mendedahkan diri kepada penyakit. Katakanlah ia merupakan
seorang remaja perempuan bertubuh langsing. Jika ia meminum air soda dan cuba
mengelak hidangan untuk mengekalkan kelangsingan tubuhnya, ia akhirnya akan
mengalami masalah kekurang kalsium, yang seterusnya akan menyebabkan
osteoporosis.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang The New York Times
dan penulis buku Nutrition Book, Jane Brody, “Kekurangan kalsium semasa usia
remaja sudahpun dikesan berlaku akibat penggantian susu dengan minuman
berkarbonat atau minuman ringan lain. Lebih buruk lagi, sejumlah besar forforus
dalam minuman ringan mengganggu imbangan kalsium kepada fosforus dalam diet dan
mengurangkan kemampuan tubuh menyerap kalsium.”
Pengawet
Beberapa jenis pengawet digunakan dalam minuman ringan bagi
menstabilkan mikrobial dan mencegah kerosakan. Minuman ringan biasanya tidak
rosak kerana kandungan asid dan karbonatnya. Bagaimanapun, keadaan penyimpanan
dan tempoh simpanan kadangkala boleh mempengaruhi rasanya. Oleh itu, sesetengah
minuman ringan ditambahkan sedikit pengawet yang biasanya digunakan dalam
makanan.
Bagaimanapun pengawet yang digunakan mungkin tidak dicatatkan
pada label. Salah satu pengawet yang sering digunakan iala natrium benzoat
(E211) atau lebih dikenali sebagai asid benzoik. Bahan penambah ini boleh
memulakan serangan lelah, ruam kulit, dan keadaan terlalu aktif pada sesetengah
orang.
Kami dapati bahan kimia ini terkandung dalam sekurang-kurangnya
14 jenama minuman ringan yang terdapat di pasaran. Di bawah Peraturan
Pemakanan 1985, paras selamat untuk asid benzoik dalam minuman ringan yang
bertujuan untuk diminum tidak termasuk air mineral ialah 350 bahagian per
sejuta (bps).
Dalam ujian yang kami jalankan, dua contoh minuman ringan
didapati melanggar undang-undang makanan kerana mengandungi asid benzoik
melebihi kadar yang benarkan. Kedua-dua minuman itu ialah F&N Orange Crush
dan A&W Root Beer Frosty Mug Taste.
Kadangkala sulfur dioksida turut digunakan sebagai pengawet dan
untuk mencegah warna sesetengah bahan seperti jus lemon daripada bertukar
menjadi gelap. Ia juga bertindak sebagai antioksidan.
Sulfur dioksida merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan
untuk memutihkan barangan. Ia boleh menyebabkan muka menjadi merah, pitam, ruam
kulit tubuh membengkak, letih, sesak nafas dan bermacam-macam lagi kesan
sampingan yang lain.
Bahan kimia ini begitu beracun sehingga pendedahan berulangkali
padanya, walaupun tidak cukup tinggi untuk membuatkan anda sakit serta-merta,
tetapi ia boleh menyebabkan perubahan genetik dalm sel-sel hidup.
Minuman ringan mudah diperolehi di mana-mana sahaja. Meminumnya
pula sudah dianggap perkara biasa dan menjadi pilihan ramai terutama di musim
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang bakal kita sambut tidak lama lagi.
Tetapi memandangkan keburukannya kepada kesihatan, bukankah lebih baik jika
anda menukar selera kepada jus buah-buahan segar yang lebih berkhasiat?
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/ketahui-fakta-sebenar-dan-hakikat-minuman-ringan-seperti-coca-cola-dan-pepsi-bhgn-2/
Friday, February 24, 2012
Tahukah Anda Tangisan Adalah Satu Terapi Perubatan?
MENANGIS PELAJARAN TERPENTING DALAM ISLAM
Menangis merupakan salah satu pelajaran terpenting dalam Islam. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.
Para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka.
Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang mengalirkan air mata. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang harta, ada yang terluka, ada yang kehilangan nyawa, ada yang terharu dan sebagainya. Namun, telah diriwayatkan dalam hadis: ”Barangsiapa yang menangis kerana takutkan Allah sehingga berlinangan air matanya dan air matanya membasahi tanah maka dia tidak akan diazab pada hari kiamat.”
MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN
1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan.
Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.
2. Meningkatkan kadar degupan jantung.
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
3. Menghalang penyakit.
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.
4. Membebaskan racun dari badan.
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”
Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
5. Air mata mengandungi 25% protein.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.
PENUTUP
Itulah sedikit sebanyak fungsi menangis. Ia bukan sahaja satu proses yang berlaku secara semulajadi, malahan juga bertindak sebagai terapi perubatan.
Telah bersabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
Sumber petikan daripada: http://psipum.org/tangisan-satu-terapi-perubatan/
Thursday, February 23, 2012
Kanser Usus, Kanser Pembunuh Nombor Satu di Malaysia?
Kanser usus atau barah usus (bowel cancer)
merupakan kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia. Berdasarkan kajian yang
telah dilakukan oleh National Cancer Registry pada tahun 2003, kanser usus
merupakan kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki, 14.2% dan merupakan
kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia, 10.1% selepas kanser payudara (breast cancer) dan
kanser pangkal rahim (cervix cancer). Oleh itu,
kini pelbagai kajian sedang dilakukan oleh doktor-doktor perubatan di seluruh
dunia dalam usaha mencari lebih informasi tentang penyakit ini.
Kebanyakan
kanser usus bermula dari kelenjar-kelenjar yang terdapat pada permukaan usus
besar (kolon dan rektum). Tiada satu penyebab utama dapat dikenalpasti yang
boleh menyebabkan
kanser usus.
kanser ini berkembang disebabkan gabungan
beberapa faktor-faktor tertentu. Berdasarkan kajian, hampir kesemua
kanser usus
bermula dengan ketumbuhan (polyp) di dalam usus besar yang secara
perlahan-lahan membesar dan menjadi
kanser .
Risiko
untuk seseorang individu untuk mendapat
kanser usus adalah menjadi lebih tinggi
sekiranya individu tersebut memiliki faktor-faktor berikut:
· Berusia (lebih daripada 60
tahun).
· Berketurunan African American dan
Timur Eropah.
· Memakan banyak daging merah dan
daging proses.
· Menghidapi apa-apa jenis
kanser .
· Menghidapi ketumbuhan dalam usus
(colorectal polyps).
· Menghidapi penyakit
inflamasi(radang) usus (Crohn's disease atau Ulcerative colitis).
· Mempunyai ahli keluarga yang
menghidap
kanser usus.
· Wanita yang menghidapi
kanser payudara.
· Menghidapi kencing manis
(diabetes mellitus).
Penyakit-penyakit genetik seperti Familial
adenomatous polyposis (FAP) danHereditary nonpolyposis
colorectal cancer (HNPCC), atau lebih dikenali sebagai Lynch syndrome juga telah dikenalpasti
meningkatkan risiko
kanser usus.
Selain
itu, faktor-faktor pemakanan seperti kurang memakan sayur-sayuran dan
buah-buahan, kurang memakan makanan berfiber dan pemakanan daging merah secara
berlebihan juga menyumbang kepada pembentukan
kanser usus. Merokok dan juga
meminum minuman keras (alkohol) pula adalah satu faktor yang sudah lama
dikenalpasti untuk menyebabkan apa-apa jenis
kanser .
Jadi,
apakah tanda-tanda amaran atau simptom-simptom yang dialami oleh penghidap
kanser usus ini? Antaranya adalah seperti berikut:
· Sakit pada bahagian abdomen.
· Darah di dalam tinja.
· Perubahan pada tabiat membuang
air besar iaitu sembelit atau cirit-birit.
· Kehilangan berat badan.
· Badan tidak bermaya.
Sekiranya
anda memiliki gejala-gejala yang tersebut di atas, jangan ambil masa yang lama,
segera berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Statistik telah menunjukkan,
sekiranya diagnosis atau pengesanan
kanser usus ini dibuat lebih awal, ia boleh
dirawat sepenuhnya.
Semestinya, pencegahan adalah lebih baik daripada
mengubati. “An apple a day, makes the doctor away“. Amalkan pemakanan yang sihat
dan gaya hidup yang sihat boleh mencegah daripada mendapat
kanser usus ini.
Renung-renungkan
dan selamat beramal.
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/kanser-usus-kanser-pembunuh-nombor-satu-di-malaysia-adakah-anda-berisiko/
Thursday, February 2, 2012
Faktor Tubuh Berasid
Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph
Faktor tubuh berasid
1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama
a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.
2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.
Subscribe to:
Posts (Atom)