Thursday, February 23, 2012

Kanser Usus, Kanser Pembunuh Nombor Satu di Malaysia?






Kanser usus atau barah usus (bowel cancer) merupakan kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh National Cancer Registry pada tahun 2003,   kanser  usus merupakan   kanser     yang paling kerap dihidapi oleh lelaki, 14.2% dan merupakan  kanser  ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia, 10.1% selepas   kanser   payudara (breast cancer) dan  kanser  pangkal rahim (cervix cancer). Oleh itu, kini pelbagai kajian sedang dilakukan oleh doktor-doktor perubatan di seluruh dunia dalam usaha mencari lebih informasi tentang penyakit ini.
Kebanyakan  kanser  usus bermula dari kelenjar-kelenjar yang terdapat pada permukaan usus besar (kolon dan rektum). Tiada satu penyebab utama dapat dikenalpasti yang boleh menyebabkan  kanser  usus.  kanser  ini berkembang disebabkan gabungan beberapa faktor-faktor tertentu. Berdasarkan kajian, hampir kesemua  kanser  usus bermula dengan ketumbuhan (polyp) di dalam usus besar yang secara perlahan-lahan membesar dan menjadi  kanser  .
Risiko untuk seseorang individu untuk mendapat  kanser  usus adalah menjadi lebih tinggi sekiranya individu tersebut memiliki faktor-faktor berikut:
·  Berusia (lebih daripada 60 tahun).
·  Berketurunan African American dan Timur Eropah.
·  Memakan banyak daging merah dan daging proses.
·  Menghidapi apa-apa jenis  kanser  .
·  Menghidapi ketumbuhan dalam usus (colorectal polyps).
·  Menghidapi penyakit inflamasi(radang) usus (Crohn's disease atau Ulcerative colitis).
·  Mempunyai ahli keluarga yang menghidap  kanser  usus.
·  Wanita yang menghidapi  kanser  payudara.
·  Menghidapi kencing manis (diabetes mellitus).


Penyakit-penyakit genetik seperti Familial adenomatous polyposis (FAP) danHereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC), atau lebih dikenali sebagai Lynch syndrome juga telah dikenalpasti meningkatkan risiko  kanser  usus.
Selain itu, faktor-faktor pemakanan seperti kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurang memakan makanan berfiber dan pemakanan daging merah secara berlebihan juga menyumbang kepada pembentukan  kanser  usus. Merokok dan juga meminum minuman keras (alkohol) pula adalah satu faktor yang sudah lama dikenalpasti untuk menyebabkan apa-apa jenis  kanser  .
Jadi, apakah tanda-tanda amaran atau simptom-simptom yang dialami oleh penghidap  kanser  usus ini? Antaranya adalah seperti berikut:
·  Sakit pada bahagian abdomen.
·  Darah di dalam tinja.
·  Perubahan pada tabiat membuang air besar iaitu sembelit atau cirit-birit.
·  Kehilangan berat badan.
·  Badan tidak bermaya.



Sekiranya anda memiliki gejala-gejala yang tersebut di atas, jangan ambil masa yang lama, segera berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Statistik telah menunjukkan, sekiranya diagnosis atau pengesanan  kanser  usus ini dibuat lebih awal, ia boleh dirawat sepenuhnya.
Semestinya, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. “An apple a day, makes the doctor away“. Amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat boleh mencegah daripada mendapat  kanser  usus ini.
Renung-renungkan dan selamat beramal.




No comments:

Post a Comment