Barbeku sosej boleh membuatkannya
sama bahaya seperti menyalakan sebatang rokok, menurut satu papan tanda di
Amerika yang bertulis: “Warning: Hot dogs can wreck your health.” (Amaran:
Sosej membahayakan kesihatan)
Papan tanda
ini yang tersergam indah di lebuhraya di Amerika, juga menandakan betapa
banyaknya sosej yang telah dijual di seluruh dunia yang mungkin juga sebagai
makanan harian sesetengah masyarakat.
Projek
Kanser ini dari kumpulan NGO adalah bertujuan untuk menyarankan semua pengguna
supaya mendapatkan diet yang seimbang. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan
segala penyakit yang kronik bakal timbul.
Kumpulan ini mahu pengguna sedar bahawa risiko tinggi
jika mengamalkan pemakanan daging yang diproses. Para industri daging tidak
berpuas hati dengan kumpulan ini dan menyatakan bahawa mereka ini hanya ingin
mengurangkan pemakanan bagi binatang.
Pakar
pemakanan di Amerika telah menyarankan supaya pembungkusan sosej perlu
diletakkan tanda amaran kerana daging yang diproses telah menjalani proses
pemesinan, pengawetan serta pengasinan.
Satu laporan dari Institut Kajian
Kanser Amerika serta Kajian
Kanser Dunia menunjukkan bahawa sesiapa yang memakan 100gm daging yang diproses
mempunyai 36% risiko untuk mengalami
Kanser usus. Kajian pada tahun 2010 oleh
Institut Kesihatan Nasional Amerika juga telah menunjukkan bahawa memakan
daging yang diproses meningkatkan risiko untuk
Kanser kelenjar prostat.
Walaubagaimanapun,
sosej bukanlah satu makanan yang berkhasiat mahupun sangat berbahaya jika
dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Bagi ibu bapa diluar sana, awasilah
pemakanan anak-anak kita kerana daging yang diproses adalah kurang berkhasiat.
Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup keluarga kita, demi kesihatan
setiap ahli keluarga kita. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati antara
satu sama lain. Sekian.
Sumber Petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/08/bahaya-sosej-sebatang-sosej-bersamaan-sebatang-rokok/
Sumber Petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/08/bahaya-sosej-sebatang-sosej-bersamaan-sebatang-rokok/
No comments:
Post a Comment