Sesetengah penghidap buasir menggelar
keadaan ini sebagai ‘air pasang’.
Tapi..
apa sebenarnya penyakit buasir?
Penyakit Buasir adalah satu keadaan
dimana terjadinya pembengkakkan pada salur darah yang terletak di bahagian
rektum (hujung usus besar) dan dubur. Selalunya, apabila salur darah mula
membengkak, tisu di sekitar kawasan tu turut membengkak, jadi penghidap buasir
ni selalunya akan merasakan sakit, perit, gatal dan mungkin mengalami
pendarahan semasa membuang air besar.
Apakah faktor yang menyebabkan
terjadinya penyakit buasir?
1. Meneran terlalu lama disebabkan
sembelit
2. Kurang mengambil makanan yang mengandungi
kuantiti serat (fibre) yang tinggi
3. Mengandung
4. Masalah keturunan (hereditary)
Jadi, mcm mana hendak tahu sekiranya
anda menghidap buasir?
Simptom-simptom awal untuk penghidap buasir adalah
seperti berikut:
1. Pendarahan berlaku semasa membuang
air besar (Darah berwarna merah)
2. Darah menitis dan tersembur keluar
dari saluran dubur selepas membuang air besar.
3. Gatal-gatal pada bahagian dubur
4. Simptom-simptom kekurangan darah
(lemah badan, pucat, mudah penat dan sesak nafas, berdebar-debar) selepas
terjadinya 1, 2 atau 3
Kebanyakan penghidap buasir takut
untuk berjumpa dengan doctor, dan kebanyakan disebabkan oleh perasaan malu.
Jadi, untuk mengelakkan keadaan ini
terjadi, beberapa perkara boleh diamalkan dalam kehidupan seharian seperti
1.
Minum air dengan banyak
sekurang-kurangnya 1.5 – 2 liter sehari
2.
Makan makanan seimbang: banyakkan
memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
Tetapi, sekiranya anda merupakan
salah seorang penghidap buasir terutamanya buasir yang tidak sembuh selepas 2-4
minggu dan buasir yang berulang, pergilah berjumpa dengan doktor untuk rawatan
lanjut.
Malu tidak dapat menyelesaikan
masalah yang anda hadapi. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, perawatan awal
amat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sumber petikan daripada : http://psipum.org/kenali-simptom-dan-pencegahan-penyakit-buasir-hemorrhoid/
No comments:
Post a Comment