Saturday, March 3, 2012

Daging Dan kanser kolorektal



DAGING PUNCA KANSER KOLOREKTAL





Kanser kolorektal merupakan ketumbuhan di dalam usus besar. Kebanyakannya berlaku dalam golongan berusia 50 tahun dan ke atas. Semua telah sedia maklum, bahawa  Kanser mampu mengundang kematian. 11.9% daripada kematian tersebut adalah disebabkan oleh   Kanser kolorektal. Sejumlah 394 000 kematian direkodkan setiap tahun di seluruh dunia. Lantaran daripada inilah, banyak kajian telah dilakukan dalam mengetahui faktor-faktor yang menjadi akar umbi kepada permasalahan ini.











Beberapa kajian sebelum ini telah menunjukkan bahawa pengambilan daging merah, dan daging yang diproses seperti sosej dan bacon bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan malah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit   Kanser dan masalah kardiovaskular umpamanya. Kajian terbaru telah menambah beban bukti bahawa individu yang mengambil daging merah dan daging yang diproses (processed meat) lebih cenderung untuk menghidap   Kanser kolorektal.
Menurusi kajian berterusan yang telah dikemudi oleh American Institute for Cancer Research (AICR) serta World Cancer Research Fund berjaya membuktikan hubung kait ini. Individu yang mengambil sekurang-kurangnya 100 gram daging merah (lembu, kambing dan babi) setiap hari memiliki risiko sebanyak 17% lebih tinggi daripada individu yang tidak mengambil daging merah. Manakala 200 gram daging merah sehari pula memiliki risiko 34% lebih tinggi.












Daging yang diproses (bacon, ham dan sosej) juga boleh menyebabkan   Kanser kolorektal, cuma risikonya lebih tinggi berbanding pengambilan daging merah. Kajian yang sama juga membuktikan pengambilan 100 gram daging diproses mampu meningkatkan risiko untuk mendapat   Kanser kolorektal sebanyak 36% berbanding individu yang tidak mengambil daging diproses.
Sebenarnya, apabila daging ini dimasak dengan suhu yang panas, bahan kimia –heterocyclicamines dihasilkan. Bahan kimia ini berperanan kepada pembentukan ketumbuhan di dalam usus besar. Daging diproses pula ditambah bahan pengawet seperti nitrates. Melalui sistem penghadaman di dalam badan kita, nitrates diubah menjadi nitrosamines yang juga bertanggungjawab dalam hal ini.
Kajian ini mencadangkan pengurangan pengambilan daging merah dan daging diproses mampu menurunkan kadar   Kanser kolorektal. Juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti kurangkan alkohol, menambah pengambilan sayur-sayuran (sumber fiber), bersenam dan mengekalkan berat badan ideal mampu mencegah sebanyak 45%   Kanser kolorektal (64 000 kes) setahun. Bukanlah dengan tidak mengambil daging langsung, tetapi bersederhana adalah digalakkan. Kerana daging merupakan salah satu sumber zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin dan seterusnya sel darah merah. Kajian turut mendapati pengambilan sebanyak 510 gram ataupun kurang daging merah seminggu memiliki risiko yang sangat kecil untuk mendapat   Kanser kolorektal.

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/daging-dan-kanser-kolorektal/


No comments:

Post a Comment