Sunday, January 29, 2012

Diagnosis Dan Penyaringan


Diagnosis Dan Penyaringan Untuk Kanser Kolon
Penyaringan adalah amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar  kanser   . Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika   kanser   berjaya dikesan pada peringkat awal.

  • Pemeriksaan rektal secara digital, di mana doktor akan menggunakan jari yang bersarung tangan getah untuk memeriksa beberapa inci pertama rektum anda untuk polipus besar dan   kanser  
  • Ujian darah fekal okulta memeriksa sampel najis anda untuk darah
  • Sigmoidoskopi yang fleksibel. Doktor akan menggunakan tiub yang fleksibel, halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir di dalam kolon anda
  • Enema barium. Ujian diagnostik ini membenarkan doktor anda membuat penilaian keseluruhan usus besar anda dengan sinar-X
  • Kolonoskopi. Mirip kepada sigmoidoskopi yang fleksibel tetapi instrumen yang digunakan iaitu kolonoskop satu tiub yang panjang, kurus dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor membenarkan doktor anda melihat keseluruhan kolon dan rektum anda
  • Ujian genetik. Jika keluarga anda mempunyai latar belakang sejarah   kanser   kolorektal, anda mungkin merupakan calon yang sesuai untuk menjalani ujian darah ini.
 

No comments:

Post a Comment