Sunday, January 29, 2012

Faktor-Faktor Risiko


Faktor-Faktor Risiko



  • kanser   kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat  kanser   kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
  • Jika anda pernah mempunyai   kanser   kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap   kanser   kolorektal pada masa akan datang.
  • Kebarangkalian anda menghidapi   kanser   kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
  • kanser   kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
  • Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko   kanser   merebak.
  • Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko   kanser   kolorektal.
  • Terdapat lebih 1:10 penyakit   kanser   kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan   kanser   kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
  • Terlalu banyak mengambil alkohol

No comments:

Post a Comment