Simptom Kanser Kolon
Seperti kebanyakan pesakit
kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktor sekiranya:
- Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
- Najis yang ‘sempit’
- Perdarahan rektal atau najis berdarah
- Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit
- Abdomen sakit apabila membuang air besar
- Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
- Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.
No comments:
Post a Comment